Assalmualaikum wbt…
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi saya menulis dan berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian..tahukah anda syurga Allah SWT itu terbuka luas untuk hamba-hambaNya yang beriman dan sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beragama islam…
Oleh itu, disini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan tentang nama2 syurga dan calon-calon penghuninya..adakah kita mungkin tergolong dalam golongan2 penghuni syurga Allah SWT??
Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.
1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
2. Syurga ‘Adn
Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
“(iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:30-31)
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaha:75-76)
- Orang yang banyak berbuat baik.
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)
- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)
3. Syurga Na’im
Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)
“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)
4. Syurga Ma’wa
Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)
- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)
5. Syurga Darussalam
Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: “Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am:127)
6. Syurga Darul Muqamah
Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)
7. Syurga Al Maqaamul
Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)
8. Syurga Khuldi
Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT: “Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)
MasyaAllah sungguh indah syurga2 Allah SWT sekiranya kita benar-benar menginginkannya…
Justeru itu, saya mengharapkan agar shabat2 sekalian menyedarinya dari sekarang bahawa hidup kita diatas muka bumi ini adalah sementara dan bukannya untuk SELAMA-LAMANYA. Buatlah kebaikan dan tinggalkanlah kemungkaran...saya percaya kita semua pasti menginginkan syurga Allah SWT..
Buatlah apa sahaja yang anda ingin lakukan diatas bumi ini. tetapi ingat..Allah SWT sentiasa memerhatikan segala pekara yang kita lakukan…pastikan semuanya mengikut lunas2 agama..
Mungkin diatas dunia ini kita inginkan kemewahan(jutawan), pasangan yang handsome seperti Robert Pattinson, rumah yang mewah seperti istana, kereta mewah seperti Lamborghini, hiburan-hiburan yang menyeronokkan, pakaian yang cantik dan menarik dan makanan yang sedap lagi mewah…ini semua boleh anda perolehi di syurga nanti sekiranya anda beriman kepada Allah SWT dan beribadah kepada Allah SWT..
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid;21)
Wallahualam…