Pages

January 19, 2012

SELAMAT BERCUTI SEMESTER!!

ASSALAMUALAIKUM..dah lama rasanya tak update blog MTDC ni..maaf semua,sebab sibuk dengan kuliah dan tugasan universiti..alhamdulillah,dah tamat pun pembelajaran kita untuk semester 1 2011/2012.seterusnya 2011 pun sudah melabuhkan tirainya...macam2 pengalaman sudah kita dapat sepanjang semester lepas..kalau yang buruk tu kita buang jauh2..yang baik tu kita simpan jadi teladan...cuba kita imbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas..em..mungkin ade kisah pahit manisnya..setiap kejadian yang berlaku ade hikmahnya..Allah menjadikan kehidupan kita tu warna warni..maksudnya adalah,ade kisah gembira,sedih..supaya kita dapat merasai nikmat kehidupan..jangan mengeluh atas setiap ape yang kita lalui..kerana itu adalah ujian hidup..supaya kita menjadi lebih tabah dan kuat..jangan cepat berputus asa..selagi ade kesempatan waktu,marilah kita berubah ke arah yang lebih baik,lebih positif..buang yang keruh ambil yang jernih..kerana setiap masa depan kita terletak atas diri kita sendiri..kita yang mencorakkannya..blog pada kali ni sekadar mengingati dan bermuhasabah diri..rasa cepat saje masa berlalu..akhir kata,Selamat Bercuti Semua!..manfaatkan cuti ni sebaik mungkin..supaya bila naik semester baru nnt,kita lebih bertenaga,lebih kuat menghadapi cabaran2 dan akhir sekali supaya kita x mengulangi kesilapan yang lalu..tolong mak dan ayah dekat rumah yer..kerana ni saje masa yang kita ade untuk mereka setelah berbulan2 menelaah pelajaran di universiti..

0 comments:

Post a Comment