Posted by : Asma Ismahani
|
Master Key Of Tarbiyyatunna : "Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik..." (Surah Al-Nahl:125)
|
Cerpen : Mana Tuhan Kamu
Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.
“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”
Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”
“Bila kita hendak bertindak?”
Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.
“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.
Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”
“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.
Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.
Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.
“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”
Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.
“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.
Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.
“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”
Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.
“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.
Gelak Raynald tambah berdekah.
“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”
Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.
***
Bersambung.
Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.
Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.
“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.
“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.
“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.
Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.
“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.
“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.
Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.
“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.
“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.
“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.
Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.
“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.
Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.
“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.
Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…
Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.
“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”
Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.
Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.
Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.
***
Bersambung.
“Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl: 97)
‘ketenangan jiwa orang beriman kerana dijanjikan baik oleh Tuhan mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Zat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka daripada unsur penyimpangan iman, ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah, dan keikhlasan mereka dalam menerima takdir. Dan semua itu kerana mereka yakin dan tulus menerima Allah adalah Tuhan mereka, Islam agama mereka, dan Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk mereka.” (hal. 29)
“Lelaki atau perempuan yang mengerjakan amal yang salih, sedang dia tetap beriman hingga akhir hayatnya, maka Allah akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik di dunia dengan menikmati sepenuh-penuh kebahagiaan meskipun dia hidup miskin; dan di akhirat pula dia akan beroleh sebaik-baik balasan, manakala orang kafir atau orang yang tenggelam dalam maksiat akan dihidupkan di dunia dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya, walaupun mereka kaya raya; dan di akhirat pula akan beroleh seburuk-buruk balasan dengan sebab kekufurannya atau maksiat dilakukannya.
“Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian bersabar mentaati Allah dan menerima dugaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.” (Surah al-Ra’d: 24)
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Taha: 124)
“Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak ada sesuatu yang menyusahkan. Justeru pada setiap hal, ada sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka, padamkan panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana kerana setiap luka ada harganya.
“Dunia ini dilaknati. Semua yang ada di dalamnya dilaknati kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan yang disukai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan diri hamba kepada-Nya, serta orang yang berilmu dan orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat.”
“Janganlah seorang mukmin lelaki membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya), kerana jika dia tidak menyukai satu perangai isterinya, tentu dia akan menyukai perangainya yang lain.”
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: 216)
“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang (pembawa berita) kepada mereka: ”Bahawa kaum (kafir musyrik) mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: ”Hasbunallahu wa ni’mal wakil”. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (Surah Ali ’Imran: 173-174)
“Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang yang beriman.” (Surah al-Maidah: 23)
Penamu itu lebih tajam dari sebilah pedang. hand writing by Coryl deviant art |
Love Him as He will love you more than you do. Picture by la rainbow in deviant art |
Never did We destroy an ummah that had not a term decreed and assigned beforehand. Neither can a people anticipate its term, nor delay it. [QS:15:5]
What Allah out of his Mercy doth bestow on mankind there is none can withhold: what He doth withhold, there is none can grant, apart from Him: and He is the Exalted in Power, full of Wisdom. [QS:35:2]
Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight - are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision: and Allah guides not the rebellious. [QS:9:24]
When all are lost, He is left for you to hold on. |