Pages

October 19, 2010

Intelligent's Islamic Group Kolej Canselor

Memaksimakan Kesan Majlis Usrah

Oleh: Siti Shawaliza Binti Mohd Badaron

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum whb.

Segala puji-pujian itu hanya pada ALLAH…dan pengampunan itu juga milikNya. Moga ALLAH mengampuni diri ini pada bicara yang salah..

Tertarik untuk berkongsi pembacaan bersama sahabat2. 
Alhamdulillah, Intelligent's Islamic Group Kolej Canselor atau dalam singkatannya (IIG) telah pun bergerak. Walaupun agak lewat perlaksanaannya, mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini dapat dilihat sebagai suatu Ibadah disisi Allah SWT.

Ya Allah, bukakanlah pintu hidayah-MU buat kami dalam mencari Redha-MU....

 (sekadar gambar hiasan)

"Berdasarkan pengalaman, biasanya majlis usrah lebih berkesan untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal serta menyeimbang dan mengistiqmahkannya berbanding majlis-majlis pengajaran di masjid-masjid. Tentu saja ia lebih berkesan daripada majlis-majlis yang diadakan sesekali seperti ceramah maulidurrasul, forum perdana, israk mikraj dan lain-lain. Ceramah kadang-kadang memang menaikkan semangat tapi habis ceramah, sebagaimana cepatnya naik sebegitulah cepatnya turun. Lebih baik kuliah bersiri berbanding ceramah. Begitulah kebiasaannya namun ia bergantung juga kepada kecekapan naqib/naqibah usrah menjayakan majlisnya.

ATURCARA USRAH YANG DISARANKAN

1. MUQADDIMAH
Naqib/naqibah membuka majlis dengan kata-kata aluan, bacaan al-Fatihah, suntikan motivasi (agar ahli merasa kehadiran mereka sebenarnya menguntungkan) ataupun lain-lain yang dirasakan sesuai. Fadhail amal sangat sesuai sebagai pembuka langkah. Sangat baik jika naqib/naqibah mengimbas kembali dapatan-dapatan penting dalam usrah sebelum ini sebagai pengukuhan.

2. TILAWAH
Setiap ahli membaca sejumlah ayat al-Quran secara menatapnya sambil disaksikan oleh ahli-ahli lain. Ayat-ayat ini dibaca bersambung-sambung bermula dari surah al-Baqarah dan seterusnya. Selepas semua tamat membaca, perbincangan dibuka, pembetulan dan pemurnian bacaan akan dilakukan bersama-sama terutamanya oleh naqib/naqibah ataupun ahli yang ada ilmu tajwid.

3. TADABBUR
Naqib/Naqibah ataupun ahli yang tahu akan menyentuh satu dua ayat yang sudah dibaca dalam tilawah tadi dan menghuraikannya ataupun memberi apa-apa refleksi tentangnya. Perbincangan dibuka.

4. HAFAZAN
Setiap yang ada mempamerkan hafazan mereka sambil disemak oleh yang lain, sama ada ayat-ayat pilihan sendiri ataupun ayat-ayat yang telah ditentukan oleh naqib (ataupun kumpulan usrah).

5. TAZKIRAH
Satu ataupun dua orang ahli yang sampai gilirannya akan menyampaikan tazkirah masing-masing sebagai satu latihan(Kulimin). Kemudian perbincangan dibuka.

6. PENGISIAN
Naqib/naqibah menyampaikan bahan utama usrah sama ada bahan pilihannya sendiri, bahan yang dipersetujui bersama ataupun lebih baik adalah bahan yang ada dalam sukatan/ silibus usrah sebagimana yang ditetapkan oleh kumpulan usrah. Contohnya buku-buku tertentu, bahan bercetak yang bersusun, kitab tafsir seperti Fi Zilalil Quran ataupun bahan-bahan utama lain. Oleh kerana masa berusrah terhad, bahan utama ini boleh diselang-selikan pada setiap minggu. Perbincangan dibuka.

HAL-HAL LAIN
Naqib/naqibah mengumumkan info terkini tentang program-program usrah. Setiap ahli boleh meluahkan apa saja yang berkaitan seperti isu semasa, hal ehwal usrah, perkongsian masalah, perancangan program dan sebagainya.

PENUTUP
Peringatan-peringatan ringkas, tarikh usrah akan datang dan rumusan usrah kali ini oleh naqib/naqibah. Ditutup dengan Tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

*BONUS Jamuan ringan jika ada.
Sekiranya berusrah di kediaman ataupun bilik, biasanya ‘tuan rumah’ yang menyediakannya. Jamuan tidak termasuk dalam agenda usrah, ia bukan satu kemestian. Turutan agenda di atas boleh diubah mengikut kesesuaian.

USRAH YANG KURANG BERKESAN

1. Naqib/naqibah tidak membuat perancangan langsung. Pengisian usrah bergantung kepada apa yang terfikir ketika itu. Ahli usrah ramai. Saya cadangkan seorang naqib mengendalikan 3-5 orang ahli sahaja agar setiap individu berada dalam pemantauan si naqib/naqibah dan perjalanan usrah terkawal lagi lancar.

2. Usrah dijalankan dalam bentuk pengajian seperti di masjid-masjid. Tok guru bercakap dari awal hingga akhir, ahli lebih banyak mendengar.

3. Penglibatan anak buah minima. Bakat mereka tidak diasah dengan tugasan-tugasan sebagai pengisian usrah. Pandangan mereka diminta hanya pada penghujung majlis usrah dan bukannya untuk setiap agenda.

4. Jangka masanya terlalu singkat ataupun terlalu panjang. Terlalu singkat- bateri ahli tidak cukup dicas. Terlalu panjang-ahli bosan dan tidak memberi tumpuan.
‘Wajibat’ (amalan-amalan yang perlu dilangsaikan) tidak diberi penekanan oleh naqib.

MEMAKSIMAKAN KESAN USRAH

Selain naqib/naqibah, sekurang-kurangnya ada seorang ‘orang lama’ dalam kalangan ahli. Lebih baik jika ‘orang lama’ ini ilmu dan kebolehannyanya lebih kurang ataupun hampir sama dengan ilmu dan kebolehan naqib/naqibah. Paling tidakpun, dia seorang yang sudah biasa sangat dengan usrah. Orang ini tugasnya sebagai pembantu dan pengukuh kepada naqib/naqibah serta contoh kepada peserta.
Naqib/naqibah hendaklah memelihara dan meningkatkan kredibiliti diri.
Isi usrah yang lalu disentuh sepintas lalu pada permulaan usrah.

sumber: http://hatinurani86.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment